music

Sejarah Seni : Zaman Renaissance dan Catan


Seni Renaissance di Itali dari  Segi Catan.


Maksud Renaissance 

  • Perkataan Renaissance berasal daripada perkataan ltali 'Renisciment'.
  • Renaissance juga bermaksud kelahiran semula dan dianggap sebagai zaman kegemilangan selepas zaman gelap pada abab ke-14.
  • Pengahargaan semula ilmu pengetahuan dalam tamadun Yunani dan Rom.
  • Ilmu dalam semua bidang berkembang pada masa ini. Contohnya, dalam bidang Humanisme, sanis, filosofi, seni , seni bina, muzik dan lain-lain.

Perkembangan Seni Renaissance :

  • Aliran ini dibahagikan kepada 3 perkembangan mengikuti peringkat iaitu:

  1. Renaissance Awal di Itali (Early Renaissance)

  • Renaissance awal ini bermula di Florence , dan seni ini dijalankan dan mendapat sokongan  kewangan daripada keluarga Medici.
  • Pada masa itu, seni Renaissance telah berkembang ke bandar- bandar lain seperti Venice, Milan, Bologna, Ferrare dan Rom.
  •  Catan pada dinding gereja dan tempat ibadat menjadi tumpuan di Itali.
  • Tokoh- tokoh terkenal: 

Giotto di Bondone
(1266-1337)
Sandro Botticelli (1445-1510)

     2.  Renaissance Pertengahan di Itali (High Renaissance)

  •  Pusat kesenian bertukar kepada Rom dengan usaha pop Sixtus IV dan Julius II
  • Hal ini demikian kerana kemerosotan Keluarga Medici di Florence 
  • Sumbangan wang diberi oleh pop kepada para seniwan renaissance untuk penghakisan tempat beribarat seperti gereja
  • Peringkat ini muncul tokoh-tokoh seni yang terkenal antaranya ialah:        
Leonardo da Vinci (1452-1512)

Michelangelo Buonarroti
(1475-1564) 
Raphael
(1483-1520)




3.  Renaissance Akhir

  • Pada peringkat ini, seni Renaissance berkembang pesat di Venice.
  • Kemerosotan berlaku di Florence menyebabkan seniman-seniman di sana datang dan tinggal di Venice. 
  • Kedudukannya yang strategi (tepi laut) berfungsi sebagai pusat perdagangan memberikan sokongan kewangan untuk membenarkan mereka melukis.
  • Mereka menubuhkan sebuah institut kesenian , "Venetian School" 
  • Tokoh-tokoh terkenal : 

Tiziano Vecelli Titian
(1490-1576)
Giorgione
(1505-1510)


Ciri - ciri Seni Renaissance

  • Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
  • Menggunakan perspektif, ruang dan anatomi.
  • Tema dalam seni ini biasanya tentang keagamaan, mitologi, potret, tubuh badan manusia.
  • Lukisan-lukisan yang realistik dengan memiliki perspektif yang linear.
  • Dalam seni ini, warna yang selalu digunakan ialah putih, hijau, merah, kuring atau emas dan hitam.
  • Penggunaan warna kontra dan warna pelengkap dalam karya.

SENI CATAN 
  • Cat dikemukaan sejak zaman pra-sejarah/ zaman batu iaitu 30,000 MS hingga sekarang.
  • Cat pada masa dahulu diperbuat daripada bahan alam semula jadi seperti habuk tumbuh-tumbuhan , batu galian,lemak haiwan dan diproses menjadi cat.
  • Pada zaman dahulu, proses penghasilan warna adalah membazir dan mengguna masa yang panjang, dengan itu, hanyalah orang golongan atasan boleh menggunakan bahan yang mempunyai warna yang indah dan cerah.

Catan dalam Zaman Renaissance

  1. Cat minyak bermula digunakan dan menggantikan penggunaan catan tempera dalam sesebuah catan.
  2. Catan dinding (mural painting) dilukis dengan menggunakan teknik Fresco .
 Fresco:
Wujudnya 3 jenis Fresco iaitu : Buon fresco, Secco fresco dan Mezzo-fresco

Boun Fresco :
  • Merupakan jenis yang menggunakan pigmen bercampur dengan air tanpa pengikat.
  • Dilukis di atas permukaan mortar kapur atau plaster(intonaco) yang nipis sebelumnya kering.
Secco fresco

  • Dilukis pada permukaan plaster yang kering dengan menggunakan bahan pengikat seperti tempera telur,gam, minyak. Penggunaan pengikat bertujuan untuk memastikan pigmen tidak akan berjatuh.
  • Contoh karya yangmenggunakan kaedah ini : The Last Supper  (Leonardo da Vinci).


Mezzo fresco
  • Dilukis pada permukaan intonaco yang hampir kering agar pigmen menembusi sedikit pada plaster
  • Teknik ini menggantikan Boun fresco dan digunakan secara luas.
3. Wujudnya teknik Cangiante, teknik Chiaroscuro, teknik Sfumato dan teknik Unione.

Teknik Cangiante
  • Merupakan teknik yang tegas pada warna transformasi dari satu kepada lain.
  • Dalam tenkik ini, matlamat utamanya adalah menggantikan warna kepada warna lain.
  • Contohnya, warna hitam yang bertunjuk sebagai kegelapan dan bayang diganti dengan warna merah atau warna perang.
Prophet Daniel
(1512)
Michelangelo

                                               
Teknik Chiaroscuro
  • Merupakan teknik menggunakan cahaya dan bayangan untuk menciptakan suasana yang dramatik.
  • Membolehkan karya kelihatan 3 Dimensi bersama dengan perspektif linear .
    Caravaggio, The Calling of Saint Matthew, 1599-1600
Teknik Sfumato
  • Berasal dari perkataan Itali, fumo yang bermaksud asap (smoke).
  • Jenis teknik catan minyak yang melembutkan transisi (peralihan) warna.
  • Warna atau nada dicampur dengan cara yang halus sehingganya melelehkan satu sama lain tanpa  transisi yang kerata , garisan atau tepi.
  • Contohnya pengkarya pada zaman Renaissance yang menggunakan teknik ini ialah  Leonardo da Vinci, contoh catan ialah Mona Lisa
    Mona Lisa
    (1503)
    Leonardo da Vinci
Teknik Unione
  • Mendapat persamaan dengan teknik sfumato dengan penggunaan transformasi warna tetapi berbeza dalam segi warna intensi .
  • Penggunaan warna yang terang dan warna intensi.
  • Pelukis yang terkenal dalam bidang ini ialah Raphael.
    ⃞⃟⃟⃞
RUJUKAN




No comments:

Post a Comment

Sejarah Seni : Zaman Renaissance dan Catan

Seni Renaissance di Itali dari  Segi Catan. Maksud  Renaissance  Perkataan Renaissance berasal daripada perkataan ltali ' ...